CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 28, 2011

PANJANG : AKTIVITI PENGUKUHAN

Salin dan jawab semua latihan di bawah. Anda dikehendaki menunjukkan jalan pengiraan. Semua jawapan hendaklah diletakkan unit. Jawapan akan dibincangkan di dalam kelas bersama-sama guru dan rakan-rakan anda.


Selesaikan masalah di bawah. 

1.    Saya berjalan sejauh 3500 m pada hari Sabtu. Pada hari Ahad, saya telah berjalan sejauh dua kali ganda jarak pada hari Sabtu. Berapakah jumlah jarak yang telah saya lalui sepanjang dua hari ini?

Jawapan:


2.    Gunung itu setinggi 1000 m. Setelah hampir separuh perjalanan kaki saya terseliuh. Saya sekarang berada pada ketinggian ........... Berikan jawapan anda dalam kilometer.



Jawapan:


3.    Dalam tempoh tiga hari, Suraya telah berjalan sejauh 52 km. Pada hari pertama, Suraya telah berjalan sejauh 19 km dan 14 km pada hari kedua. Berapakah jarak perjalanan Suraya pada hari ketiga?
Berikan jawapan anda dalam meter.

Jawapan:

4.    Awanis berjalan 800 m pada waktu pagi dan dua kali ganda jarak itu pada waktu petang. Berapakah jarak yang telah dilalui oleh awanis dalam satu hari?

d

Jawapan:



Tukarkan unit-unit di bawah.

1.    200 m        = ..........km
2.    5 km           = ..........m
3.    12 cm         = ..........m
4.    18 m          = ..........cm
5.    2 m              = ..........km


No comments:

Post a Comment