CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 8, 2011

HASIL PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4



TOPIK 1= Nombor bulat hingga 100 000

1. Murid dapat melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi hingga 100 000. 

2. Murid dapat menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dalam situasi harian.

TOPIK 2= Pecahan

1. Murid dapat melakukan operasi tambah dan tolak menggunakan pecahan.

2. Murid dapat menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi tambah dan tolak menggunakan pecahan dalam situasi harian.

TOPIK 3= Perpuluhan

1. Murid dapat melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi  menggunakan perpuluhan.

2. Murid dapat menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi tambah,tolak, darab dan bahagi menggunakan perpuluhan dalam situasi harian.

TOPIK 4= Wang hingga RM 10 000

1.Murid dapat melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi  menggunakan wang hingga RM 10 000.

2.Murid dapat menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi  menggunakan wang hingga RM 10 000 dalam situasi harian.

TOPIK 5= Masa dan waktu

1. Murid boleh membaca dan menulis jam dan minit dalam sistem 12 jam.

2.Murid boleh membina dan mengeluarkan maklumat daripada jadual harian dan juga kalendar.

3. Murid dapat menyelesaikan operasi yang melibatkan masa.

TOPIK 6= Panjang

1. Murid dapat mengenalpasti hubungan di antara sentimeter , milimeter, meter dan kilometer.

2. Dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan panjang dalam situasi harian.

TOPIK 7= Timbangan berat

1. Murid dapat melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi  menggunakan timbangan berat.

2. Murid dapat menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi  menggunakan timbangan berat dalam situasi harian.


TOPIK 8= Isipadu cecair

1. Murid dapat melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi  menggunakan isipadu cecair dalam liter dan mililiter.

2.  Murid dapat menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi  menggunakan isipadu cecair liter dan mililiter dalam situasi harian.

TOPIK 9= Bentuk dua matra

1. Murid dapat menentukan perimeter bagi bentuk segi empat dan segi tiga serta gabungan kedua-duanya.

2. Murid dapat menentukan luas bagi bentuk segi empat.

3. Murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan perimeter dan luas bentuk dalam situasi harian.

TOPIK 10= Bentuk tiga matra

1. Murid dapat menentukan isipadu bagi kubus dan kuboid.

2. Murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan isipadu kubus dan kuboid dalam situasi harian.







No comments:

Post a Comment